Nora Danish, Fasha Sandha pakai pakaian serupa... Kelakar ke tak?

Fasha menggayakan baju tersebut pada Januari lalu manakala Nora memakainya pada awal April.

SERUPA... tapi tak sama! Inilah yang boleh kita katakan apabila penampilan dua personaliti ini menjadi bahan perbalahan netizen kerana mereka memakai pakaian corak serupa.

Ditambah pula hubungan Fasha Sandha dan Nora Danish yang sebelum ini dikatakan agak dingin, persamaan itu boleh menimbulkan rasa jenaka.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu.

Fasha memberitahu dia tidak kisah jika pakaiannya sama dengan orang lain dan meminta netizen yang mempertikaikan tentang perkara itu agar berhenti mengikutnya di laman sosial.

Antara netizen yang mempertikaikan baju Fasha dan Nora sama.

"Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.

"Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It's okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya.

"Do some research sebelum komen. Terima kasih," balas Fasha.

Komen balas daripada Fasha.

Kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia sendiri tidak pernah  mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.

Fasha turut berharap netizen melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

"Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers.

"Kami berdua pun sama-sama dah move on. Tolonglah," kata Fasha.

Baju yang sama digayakan Fasha dan Nora.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut di laman sosial menyokong kenyataan pelakon itu dan menganggap isu baju serupa itu tidak perlu dijadikan satu masalah.

"Kalau sama ke apa ke ada masalah ke? Dalam dunia ini bersepah baju sama. Kalau baju pun jadi masalah susahlah macam ini.

"Apa masalah korang ini baju sama pun nak kecoh. Tak kisah siapa pakai pun. Baju ni kilang buat, jadi sudah tentu boleh jumpa sesiapa pakai. Sama pun apa masalahnya?" komen pengikutnya.

Fasha Sandha, Nora Danish

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain