suria

Sherry Alhadad terusik tengok orang kahwin

Sherry simpan impian mahu membina keluarga sendiri. Foto: S.S.KANESAN. .

SEPERTI wanita yang masih bujang, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad juga menyimpan impian untuk memiliki keluarganya sendiri.

Sherry, 34, berkata biarpun dia kelihatan gembira ketika menghadiri majlis perkahwinan namun tidak siapa yang tahu isi hatinya.

"Saya juga ada impian nak kahwin. Nak bina keluarga kecil sendiri, ada suami, ada anak kalau ada rezeki.

"Nak tengok anak ikut perangai siapa, saya ke bapa dia. Saya nak juga meneruskan legasi keluarga.

Sherry teringin nak mempunyai suami dan anak.

"kadang-kadang pergi majlis kahwin kawan-kawan atau saudara-mara nampak seronok saja kan tapi dalam hati duduk tepi sudut, rasa nak kahwin," kata Sherry kepada mStar Online.

Menurut pemilik nama Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, kali terakhir dia menjalinkan hubungan cinta pada lapan tahun lalu.

Selepas daripada itu, dia bekerja keras untuk kehidupannya dan keluarga sehingga menyebabkan tidak ada masa untuk bercinta.

Sherry Alhadad.

"Saya pernah melalui proses bercinta. Kali terakhir pada lapan tahun yang lalu. Selepas itu, saya hanya fikirkan diri sendiri.

"Sebelum ini, saya bersusah-payah nak masuk industri seni sehinggakan saya berusaha dan hanya fokus pada kehidupan sendiri sampai tak ada masa nak bercinta.

"Hidup kedua saya kalau bukan diri sendiri, saya dengan keluarga. Mungkin dah selesa macam itu dan tak harapkan lelaki," ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara program Drop The Beat ini tidak pernah berhenti berdoa untuk bertemu dengan lelaki yang bertanggungjawab.

"Saya tetap berdoa untuk berjumpa dengan lelaki yang elok serta bertanggungjawab. Memang ada pernah lelaki nak berkenalan tapi mesti tak menjadi.

"Tapi bila umur macam ini malas nak bercinta, kalau ada yang betul-betul ikhlas, masuk minang terus kan," katanya.

Sementara itu, Sherry masih sibuk menjalani penggambaran untuk program temubualnya, The Sherry Show & Friends untuk slot hari raya.

Sherry Alhadad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain