suria

Bekas Peserta AF2016 Terbunuh, Motosikal Rempuh Lori

Emy adalah bekas peserta program Akademi Fantasia 2016.

TUARAN: Bekas peserta program Akademi Fantasia (AF), Emy terbunuh dalam kemalangan di kilometer 17.8 di Jalan Tamparuli-Ranau di sini.

Emy atau Zahrul Hilmi Badrul Hisham, 25, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori kira-kira pukul 1 tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Dzulbaharin Ismail memberitahu pemandu lori berusia 55 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu sebelum bertembung dengan motosikal milik Emy berdekatan Kampung Kelawat.

Gambar kenangan Emy bersama motosikalnya.

"Mangsa sedang menaiki bukit dari Tamparuli sebelum motosikalnya hilang kawalan.

"Motosikalnya tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

"Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan," katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai memandu secara berbahaya bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Emy adalah peserta AF musim ke-13 pada 2016.

Emy, AF2016

Artikel Lain