Pengalaman Tak Banyak, Jadi Mentor - Siti Sarah - Hiburan | mStar

Pengalaman Tak Banyak, Jadi Mentor - Siti Sarah

Siti Sarah akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam industri seni dengan protege pilihannya. Foto: INTAN SYUHADA.

PENYANYI Siti Sarah berpendapat segelintir pihak mungkin salah faham mengenai konsep program Mentor Otai yang sebenarnya bermaksud peserta haruslah dalam kalangan mereka yang berusia.

Biarpun Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin, 34, tidak mempunyai pengalaman dan pencapaian yang tinggi namun dia akan berusaha untuk menjadikan protege pilihan terbaiknya.

"Sebenarnya dari segi pengalaman saya tidaklah terlalu bagus dan pencapaian pun tak ada la banyak sangat.

"Tapi saya pernah menang Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan pernah buat persembahan di luar negara. Jadi, sedikit sebanyak ada pengalaman nak dikongsi," katanya kepada mStar Online.


Siti Sarah akan cuba yang terbaik mendidik protege pilihannya.

Sarah mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang beranggapan dia tidak sesuai menjadi salah seorang mentor dalam program tersebut.

Sebelum ini, Sarah pernah memenang anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003.

Dia juga pernah menyertai pertandingan One In A Million musim kedua (2007) dan mewakili negara ke Amerika Syarikat pada 2009 bagi menyertai World Championship Of Performance Arts (WCOPA).

Siti Sarah.

Sementara itu, isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) ini mahukan anak didik yang mempunyai bakat nyanyian dalam pelbagai genre.

"Saya nak pilih protege yang boleh nyanyi lagu asli, rock dan belada. Senang kata yang boleh bawa pelbagai genre lagu.

"Tapi contoh kalau dia bagus dalam nyanyian dangdut, saya akan asah lagi bakat dia dalam genre tersebut.

"Kita tengok pada kebolehan dia sampai mana. Nak ubah apa yang sudah menjadi kebiasaan mereka itu sukar. Apa yang saya boleh buat tajamkan apa yang mereka sudah ada," ujarnya.

Selain Siti Sarah, tiga orang penyanyi yang menjadi mentor iaitu Misha Omar, Zarul Husin dan Tam Spider.

Sesi uji bakat bagi mencari dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Program yang bakal dikendali oleh penyanyi Elly Mazlein dan penyampai radio Hot FM, Haziq itu akan mula bersiaran pada pertengahan bulan Mac di TV3.

Siti Sarah , Mentor Otai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain