suria

Sufi Tiada Hala Tuju, Akhirnya Tersingkir

Sufi satu-satunya peserta dari Singapura.

SHAH ALAM: Penyanyi Sufi Rashid bernasib tidak baik apabila diumumkan tersingkir dalam program AF Megastar minggu ketiga yang diadakan di Royal Theater di sini, malam Ahad.

Persembahannya menerusi lagu Izinkanku Pergi nyanyian asal Kaer mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah.

40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat untuk konsert ini ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Faizal Tahir.

Tinggal lapan peserta lagi yang akan meneruskan perjuangan dalam AF Megastar.

Meskipun tersingkir, Sufi satu-satunya peserta dari Singapura masih mendapat markah paling tinggi hasil undian peminat untuk muncul sebagai juara mingguan.

Tema untuk konsert minggu kelima ialah Mahakarya.

Sementara itu, juri tetap Syafinaz berasakan Sufi yang juga juara Akademi Fantasia 2015 masih belum mengetahui hala tuju sebenar dalam nyanyiannya.

"Saya hairan sebab dia ada suara tapi tak boleh menyanyi dalam beberapa genre dan masih tidak tahu apa jenis muzik lagu yang dia boleh bawa," katanya.

Lapan peserta yang mara ke minggu seterusnya ialah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel dan Amir.

AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Sufi, AF Megastar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain