suria

Amy Mastura Sanggup Pengsan Kerana Latah

Amy Mastura berharap mampu mengawal tabiat melatah semasa menyertai Super Spontan Superstar 2017.

PENYANYI Amy Mastura bimbang tabiat melatah yang dialaminya tidak dapat dibendung apabila tampil dalam program Super Spontan Superstar 2017 bermula 8 September ini.

Amy, 46, berkata, dia akan cuba mengawal keadaannya itu walaupun ia sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku memandangkan rancangan itu bersiaran secara langsung.

"Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah ketika sedang bertanding.

Amy tak kisah dikenali sebagai pelawak.

"Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran!

"Sebenarnya melatah ini di luar kawalan jadi saya tak berani nak janji cuma harap ia dapat dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak kisah sekiranya lebih dikenali sebagai pelawak selepas menyertai program itu.

Malah kata pelakon filem Puteri Impian ini, dia sentiasa terbuka untuk mencuba perkara baharu dalam kariernya.

"Sebenarnya saya bukanlah lawak sangat pun tetapi kalau orang nak kata saya seorang pelawak, saya terima.

"Maklumlah nak jadi penghibur versatil, saya kena cuba semua bidang termasuk lakonan, nyanyian, pengacaraan termasuklah sebagai pelawak," katanya.

Sementara itu, Amy memberitahu sokongan daripada teman rapat membuatkan dia memberanikan diri menyertai program tersebut.

16 selebriti berentap dalam Super Spontan Superstar 2017.

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima sedangkan sebelum ini saya pernah tolak kerana tiada keyakinan.

"Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya," jelasnya.

Menerusi Super Spontan Superstar 2017, Amy menyertai kumpulan King Musang yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu, Syuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Ia turut menampilkan kumpulan Tenggiling Taiko dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Danial, Sharifah Shahirah dan Ozlynn termasuk Acey sebagai ketua.

Super Spontan Superstar 2017 bakal bersiaran secara langsung bermula 8 September, 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain