suria

Fazura 'Wanita Terindah' Fattah Amin?

Pengikut #fattzura dan drama HSC tak puas melihat gandingan Fattah dan Fazura.

SERONOKLAH pengikut #Fattzura selepas gandingan pertama mereka mencatat kejayaan yang luar biasa menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC), sekali lagi pasangan ini bakal membintangi karya terbaru, Wanita Terindah.

Biarpun drama HSC sudah berakhir semalam, peminat masih lagi tidak boleh melupakan keserasian dan kemesraan di antara Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34.

Malah sepanjang episod terakhir bersiaran, media sosial dipenuhi dengan hastag #Fattzura.

Namun, kesedihan mereka setelah drama tersebut berakhir hanya seketika apabila pengurus Fazura memuatnaik foto skrip drama Wanita Terindah di laman Instagramnya @imantang75.

Ketika itu, peminat tambah gembira apabila Fattah turut berkongsi foto yang sama di mana gambar tersebut menarik lebih 2,000 komen dengan 16,000 tanda suka (like) hanya dalam beberapa minit.

Fattah Amin memberi gambaran bakal menjalani penggambaran Drama Wanita Terindah dengan pasangan gandingannya, Fazura. Foto Instagram @fattahaminz.  

"Salam Jumaat. Saya teruja untuk #wanitaterindah semoga di permudahkan Insya-Allah. Eh jap nak tanya korang boleh teka ke siapa heroin?" tulis Fattah.

Dalam banyak-banyak komen yang mengatakan Fazura sebagai heroin drama tersebut, ada dalam kalangan netizen yang ingin melihat gandingan semula Neelofa dan Fattah.

Antara mesej yang ditinggalkan pengikut #fattzura seperti berikut:

@_zulaikhaarosly: @missfazura la tu.

@enil.azman: @lizasaiful @wahidawaheeda Wahh sekali lagi lovebirds ni.

@familysim93: Ypm kita Fazura.

@farah_snd: Please kak Faz la heroin dia. We want more #fattzura.

@eraqhaleeda_: Tolonglah jangan bagi Fazura. Bosan dah. Neelofa la pula.

@noriz_zam: Fazura je yang sesuai. Alhamdulillah projek #fattzura lagi sebab itu dari semalam PM asyik senyum manis je kan.

@catloverr1989: Eee... Janganlah, Neelofa!!

Yang pasti mampu atau tidak drama Wanita Terindah mengalahkan kejayaan drama HSC dan Suri Hati Mr. Pilot, sama-sama kita nantikan hasilnya.

Fazura, Fattah Amin, #fattzura

Artikel Lain