suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa

Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin dengan sekali lafaz, petang Isnin.

SHAH ALAM: Penyanyi Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz petang Isnin.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 33, dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada upacara itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin.

Pasangan mempelai kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Cosry.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana pada 22 Mac lalu.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa, nikah

Artikel Lain