suria

Bapa Ippo Hafiz Selamat Jalani Pembedahan Kanser Usus

Ippo Hafiz

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi yang digelar sebagai raja runut bunyi iaitu Ippo Hafiz selamat menjalani pembedahan membuang sel kanser, di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini petang Jumaat.

Ippo Hafiz berkata, dia dan keluarga hanya mengetahui bapanya, Yaziz Tahir, 70,  menghidap kanser tahap tiga kira-kira dua minggu lalu.

"Tiada sebarang tanda kelihatan sebelum ini, kami hanya mengetahui mengenai penyakit yang dihidapai dua minggu lalu apabila bapa saya mengadu sakit perut melampau dan mengalami cirit-birit.

"Namun kami sekeluarga bersyukur kerana pembedahan untuk membuang sel kanser tersebut telah berjalan lancar.

"Saya memohon kepada peminat untuk mendoakan kesihatan bapa saya," katanya kepada mStar Online.

Menurut Ippo lagi, bapanya  telah dibenarkan pulang selepas pembedahan namun perlu mengamalkan terapi dan masih menunggu keputusan lanjut jika masih ada sel kanser yang aktif.

Katanya, sel kanser yang telah dibuang itu mempunyai saiz sebesar tangan orang dewasa.

Ippo Hafiz

Artikel Lain