suria

Dira Jangka Rumah Tangga Jadi Isu Kerana Kurang Muncul Bersama Suami

Dira Abu Zahar. - foto RICKY LAI/The Star

KUALA LUMPUR: Pelakon Dira Abu Zahar sudah menjangka status hubungan rumah tangganya dengan pengarah fotografi Helmi Yusof akan dipersoalkan berikutan kedua-dua mereka jarang menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

Dira atau nama sebenarnya, Khaidirah Abu Zahar, 32, berkata, mereka mempunyai pendirian sendiri untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih bersifat privasi dan jarang muncul bersama-sama di mana-mana majlis.

Dira kurang gemar mendedahkan perihal peribadi kepada umum.
"Saya sudah jangka akan timbul isu berpisah ini kerana saya dan suami suka buat hal masing-masing sejak berkahwin lagi dan kalau mahu lihat gambar mesra hanya pada hari perkahwinan sahaja.

"Suami saya tidak suka dikaitkan dengan dunia popular, dia cukup tidak suka kalau media mahu temuramah dia bertanya tentang bagaimana menjadi suami saya sejak awal perkahwinan lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dira, dia bukanlah selebriti yang gemar menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaan keluarga untuk tujuan tertentu.

Aktres ini ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media teater muzikal Mencari Sumaiyah di Istana Budaya pada Isnin.

Terdahulu, pelakon drama Dahlia ini dilaporkan sudah bercerai pada awal Ramadan lalu.

Dia juga dikatakan mengalami tekanan hingga dirawat di hospital akibat mengalami tekanan dan kemurungan.

Barisan pelakon teater muzikal Mencari Sumaiyah.

Dira, bagaimanapun, menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar salah faham.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, kami hanya gaduh biasa sahaja. Biasalah suami isteri mana tidak bergaduh," ujarnya.

Dira dan Helmi bergelar suami isteri pada 11 November 2011 di Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long, Melaka namun belum dikurniakan cahaya mata.

rumah tangga, Dira Abu Zahar

Artikel Lain