Tenaga Pengajar Turun Padang Cari Peserta AF 2016 - Hiburan | mStar

Tenaga Pengajar Turun Padang Cari Peserta AF 2016

Barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 yang bakal bermula pada Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) bakal memperlihatkan tenaga pengajar turun padang sebagai juri sewaktu sesi uji bakat yang akan diadakan pada Julai depan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kelainan itu bagi membolehkan kesemua tenaga pengajar memilih sendiri peserta berpotensi dalam membimbing dan mempersiapkan mereka bergelar bintang.

"AF 2016 masih mengekalkan format sama cuma istimewanya kali ini juri yang memilih peserta itu sendiri," katanya kepada mStar Online pada sidang media yang diadakan di sini, Selasa.

Uji bakat AF 2016 bakal berlangsung selama tiga hari iaitu 15 hingga 17 Julai depan di The Boulevard - St Premier Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur.

Program itu bakal bersiaran bermula Ogos depan di Astro Ria.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Edisi kali ini bakal menyaksikan dua wajah baharu menyertai keluarga AF 2016 iaitu Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar di samping wajah baharu dalam memberi impak maksima kepada peserta tahun ini.

Kata Raqim, pengalaman dan pencapaian kesemua tenaga pengajar dalam bidang masing-masing dapat memberi manfaat kepada peserta.

"Soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting kerana mereka adalah nadi dalam mendidik semua peserta agar bersedia selepas program tamat.

"Tahun ini kami bertuah kerana semua pengajar berkaliber dan mempunyai pengalaman luas," ujarnya.

Sementara itu, Raqim berkata, tahun ini AF 2016 mengambil pendekatan pro aktif dengan menjalankan uji bakat secara online yang mana calon peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram.

"Sambutan menerusi platform digital amat mengalakkan dan kami teruskan pada tahun ini.

"Peserta yang terpilih akan dipanggil untuk saringan kedua dan menjalani uji bakat di hadapan juri," jelasnya.

AF2016 , Astro

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain