suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir (Ukays) Tersingkir Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 2

Amir Ukays
SHAH ALAM: Penyanyi Amir (Ukays) tersingkir pada minggu kelima program Gegar Vaganza 2 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Penyingkiran itu diumumkan oleh pengacaranya Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada konsert berkenaan, Amir mempersembahkan lagu Yank nyanyian kumpulan Indonesia Wali Band.

Sembilan peserta yang bertanding adalah Amir Ukays, Acong Sweet Child, Nizam Laksamana, Nassier Wahab dan Ezad Lazim.

Turut bertanding Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan Sapuan dan Faradhiya.

Kesemua peserta pada malam itu mengadakan persembahan menerusi tema yang diberikan iaitu Hits Vaganza.

Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim bertindak sebagai juri profesional manakala Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan.

Jamal turut mengadakan persembahan pembukaan pada acara berkenaan.

Amir sebelum ini menimbulkan kontroversi berhubung penemuan sepucuk pistol mainan ketika ditahan polis dalam keretanya di Sentul dekat sini.

Gegar Vaganza disiarkan secara langsung menerusi pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Amir Ukays, Gegar Vaganza 2, Yank

Artikel Lain