suria

Selena Gomez Harap Justin Bieber Muncul Pada Hari Kekasih

Selena Gomez
Selena Gomez

SELENA Gomez mengharapkan Justin Bieber menghubunginya pada sambutan Hari Kekasih Jumaat ini bagi menentukan nasib mengenai hubungan cinta mereka.

Namun untuk wanita itu berlembut dengan menghubungi Justin terlebih dahulu tidak mungkin berlaku.

"Selena tidak mahu lagi berusaha untuk menghubungi Justin. Dia hanya berharap Justin akan menghubunginya pada Hari Kekasih untuk bertanya khabar.

"Hari Kekasih akan menjadi harapan terakhirnya. Pasti ramai yang akan senang hati jika hubungan mereka berakhir," kata sumber.

Hubungan Selena dan Justin terlalu banyak krisis di mana apabila Selena menjauhkan diri daripada Justin, penyanyi lelaki itu pula berusaha mendekatinya.

Dan kemudian apabila Selena mahu ke pangkuan Justin lelaki itu pula berhasrat mahu menjauhkan diri daripadanya.

Selena kini sedang menjalani rawatan psikologi gara-gara masalah yang timbul akibat hubungan cinta mereka itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain