Fesyen Islam Dalam IFF Ikut Perkembangan Dunia - Hiburan | mStar

Fesyen Islam Dalam IFF Ikut Perkembangan Dunia

Shah Rezza menganggap fesyen yang di persembahkan di pentas peragaan menerusi festival itu adalah realistik mengikut perkembangan fesyen masyarakat Islam dunia.
Shah Rezza menganggap fesyen yang di persembahkan di pentas peragaan menerusi festival itu adalah realistik mengikut perkembangan fesyen masyarakat Islam dunia.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF) Datuk Seri Raja Rezza Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza menganggap fesyen yang di persembahkan di pentas peragaan menerusi festival itu adalah realistik mengikut perkembangan fesyen masyarakat Islam dunia.

Shah Rezza, 52, berkata, bagaimanapun setiap rekaan yang bakal diperagakan perlu mengikut garis panduan dan syarat yang telah ditetapkan IFF.

"Apa yang boleh saya katakan ialah rekaan fesyen yang dipertontonkan adalah realistik, di mana ia digayakan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.

"Ya... memang ada pakaian yang diperagakan agak ketat menampakkan sedikit bahagian leher atau rambut tapi secara realistiknya ramai Muslimah yang bergaya seperti itu, ia adalah pilihan fesyen, jika tidak suka tidak apa," katanya kepada mStar Online .

Shah Rezza ditemui pada sidang media Festival Fesyen Islam 2013 – ‘KL.London. Paris. New York’ di Hotel JW Marriot, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kritikan segelintir masyarakat tentang fesyen yang diperagakan tidak mengikut gaya pemakaian menurut peraturan Islam sebenar.

Tambah Shah Reza, dia menganggap kritikan tersebut sebagai pembakar semangat kepadanya dalam memperluaskan lagi penganjuran IFF di serata dunia.

"Susah untuk puaskan hati semua pihak, setiap perkara ada sahaja yang akan dikritik, namun saya tidak kisah. Orang seperti saya yang lahir daripada kalangan artis ini sudah biasa dikritik," katanya.

Sementara itu, tambah Shah Rezza, pertunjukan fesyen Muslimah yang dianjurkannya sejak lapan tahun lalu boleh dianggap sebagai salah satu dakwah dalam memperkenalkan Islam di mata dunia.

Katanya, masyarakat luar mula memahami konsep cara pemakaian Islam dan sedia menerimanya sebagai salah satu perkembangan fesyen dunia.

"Alhamdulillah, apa yang saya lihat bukan pelbagai kaum di negara ini sahaja yang menerima fesyen Islam, malah masyarakat luar negara juga sekurang-kurangnya lebih terbuka menerima fesyen Muslimah ini.

"Apa yang saya sedar, beberapa rakan yang sentiasa memberi sokongan dalam IFF ini sudah terbuka hati untuk berhijab penuh, malah pereka fesyen seperti Calvin Thoo sudah memeluk Islam, secara tidak langsung IFF ini adalah satu dakwah kecil," katanya.

Dalam pada itu, IFF KL 2013 kali ke 28 ini bakal menyaksikan penyertaan sepenuhnya daripada pereka fesyen tempatan.

"Sebelum ini kita buka penyertaan dari negara luar terutamanya Indonesia, namun kali ini kita hanya mengehadkan untuk warganegara tempatan sahaja.

"Pereka fesyen tempatan terutamanya yang belum dikenali sudah berani tampil untuk menyertai IFF, bagi saya ia adalah satu perkembangan yang sangat baik," katanya.

IFF 2013 "KL. London. Paris. New York" akan diadakan pada 18 hingga 20 November ini di Hotel JW Marriot di sini.

Majlis akan dimeriahkan dengan persembahan Datuk AC Mizal, Mawi, Retro Queens, Ahmad Fauzee, Memento dan Liza Aziz.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain