RTM Tayang Program Istimewa Sepanjang Ramadan - Hiburan | mStar

RTM Tayang Program Istimewa Sepanjang Ramadan

Barisna produksi RTM yang terlibat dalam penerbitan drama Ramadan
Barisna produksi RTM yang terlibat dalam penerbitan drama Ramadan

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan pelbagai program istimewa meliputi drama bersiri, dokumentari, masakan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim berkata program yang dipilih kali ini bukan sahaja untuk masyarakat Islam namun boleh ditonton secara umum dan pelbagai agama.

"Kita memberi program istimewa sepanjang Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu.

"Kali ini bukan sahaja tertumpu kepada umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan malah kebanyakan program bersifat umum merentasi etnik, bangsa dan agama," katanya pada sidang media majlis Tayangan Program Istimewa Ramadan, di sini, Jumaat.

Tambahnya, RTM turut mengekalkan rancangan tunggak yang disiarkan setiap kali Ramadan dengan pengisian lebih mantap.

"Kita akan siarkan rancangan tahunan seperti Syahadah yang kini masuk musim kelapan di mana kali ini kru Syahadah mengembara ke benua Eropah, Jerman dan Scotland bagi meninjau perkembangan saudara muslim di sana," katanya.

Selain itu, beberapa telefilem menarik menampilkan pelakon-pelakon terkenal akan disiarkan di slot Nurani seperti Masih Ada Waktu, Ramadan Jangan Ambil Nyawaku dan Reda Dan Pasrah akan disiarkan pada setiap Jumaat, manakala drama komedi seperti Calon Menantu dan Sudah-Sudahlah akan disiarkan di Panggung Ahad.

Selain itu, program majalah masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan yang memasuki musim keenam akan disiarkan pada setiap hari, pukul 12.30 tengah hari.

Tidak ketinggalan rancangan khas kanak-kanak seperti Ramadan Mat Jo, Kisah Adik-Adikku, Adik-Adikku Mengaji disiarkan sekitar 3 hingga 6 petang pada setiap hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain