Hati Noniswara Sudah Tertutup Buat Suami - Hiburan | mStar

Hati Noniswara Sudah Tertutup Buat Suami

Noniswara berharap kes penceraiannya dengan suami dapat diselesaikan segera.
Noniswara berharap kes penceraiannya dengan suami dapat diselesaikan segera.

PETALING JAYA: Pelakon Noniswara mengakui hatinya sudah tertutup buat suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dan tetap dengan keputusannya untuk berpisah dan sudah bersedia memulakan hidup baru.

Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharuddin, 46, berkata, dia yakin dapat hidup dengan lebih tenang tanpa kehadiran lelaki itu dan berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

"Hati saya sudah tertutup rapat dan saya sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru tanpa dia. Tambahan pula hampir setahun ini pun kami sudah tidak tinggal bersama dan menjalani kehidupan masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Pada 9 Mei lalu Nonis telah menfailkan permohonan bercerai secara taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas gagal mendapat kerjasama Rosman untuk bercerai secara baik.

Mahkamah juga memutuskan untuk meneruskan kes tersebut pada 18 Jun depan sekiranya Rosman masih gagal untuk tampil ke mahkamah.

Sementara itu, Nonis menegaskan dia tidak mahu mengambil tahu tentang cakap-cakap yang mengaitkan suaminya itu dengan wanita lain dan menganggap ia bukan lagi urusan peribadinya.

"Dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun dan biarlah dia dengan kehidupannya," ujarnya.

Dalam pada itu, Nonis berkata, dia tidak serik dengan kegagalan rumah tangganya namun enggan bercakap mengenai soal pengganti buat masa ini.

Tegasnya, dia mahu hidup berdikari selain memberi keutamaan kepada anak-anak dan kerjaya seninya.

"Ada yang cuba bertanya tentang status sekarang tetapi belum masanya dan biarlah saya hidup sendiri dan berdikari," jelasnya.

Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain