suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bercerai, Courteney dan David Arquette Masih Saling Sayang

SELEPAS mendirikan rumah tangga hampir 14 tahun, pasangan Hollywood, Courteney Cox dan pasangannya, David Arquette dikhabarkan terputus.

Bintang siri, Friends itu rasmi bercerai dengan David akhir Mei lalu.

Namun biarpun sudah berpisah, kedua-duanya mengaku tetap berusaha menjaga hubungan baik antara mereka.

Courteney berkata, walaupun tidak bersama lagi, namun David merupakan seorang jejakan yang paling menyenangkan di matanya.

"Dia teman baik saya, dan saya sayang padanya," katanya seperti dipetik The Sun.

Pasangan ini juga bersetuju untuk bertolak ansur dalam penjagaan anak mereka, Coco.

Seperti bekas isterinya, David turut memberitahu bahawa Courteney merupakan seorang perempuan terbaik.

"Dia wanita yang luar biasa, saya juga sayang padanya," katanya.

Artikel Lain