suria

Rihanna Akui Warisi Sikap Ibunya

Rihanna dan ibunya. foto -Daily Mail.
Rihanna dan ibunya. foto -Daily Mail.
Rihanna dan ibunya. foto -Daily Mail.

PENYANYI Rihanna sememangnya dikenali sebagai wanita yang agak liar dan sering mencetuskan kontroversi.

Minggu lalu, Rihanna telah memuat naik beberapa keping gambar seorang wanita yang berpenampilan menggoda yang merupakan ibu kandungnya, Monica Braithwaite bersempena hari ibu.

Seperti dilaporkan Daily Mail, penyanyi tersebut juga mewarisi jiwa memberontak daripada ibunya. Begitu juga kekuatannya dalam menempuhi segala cabaran dunia seni.

"Rihanna, sikapnya itu didapat daripada ibunya!... Selamat hari ibu, cantik!!! Aku wanita yang beruntung kerana dilahirkan olehmu!" tulisnya di twitter.

Artikel Lain