suria

Lauryn Hill Enggan Bayar Sewa Rumah

Lauryn Hill.
Lauryn Hill.
Lauryn Hill.

NEW YORK: Penyanyi Lauryn Hill bakal diusir daripada kediamannya di New Jersey ekoran enggan menjelaskan sewa rumahnya selama beberapa bulan.

Tuan rumah tersebut juga dilaporkan bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap penyanyi itu sekiranya masih enggan menjelaskan tunggakan kepadanya.

Lauryn, 37, telah menyewa rumah tersebut sejak tahun 2009.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut berhadapan dengan tindakan penjara selepas gagal membayar cukai daripada tahun 2005 hingga 2007.

Dia bagaimanapun meminta mahkamah menggantikan hukuman penjara kepada tempoh pemerhatian supaya dia boleh meneruskan kerjaya sebagai penyanyi bagi melangsaikan hutang tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain