suria

Rihanna, Timberlake Sahkan Sertai Grammy Awards

Justin Timberlake.
Justin Timberlake.
Justin Timberlake.

LOS ANGELES: Beberapa artis popular sudah mengesahkan untuk menyertai acara berprestij sambutan 55 tahun Grammy Awards yang akan berlangsung di sini pada 10 Februari depan.

Penganjur acara itu berkata, artis-artis berkenaan antaranya terdiri daripada Justin Timberlake, Elthon John, Taylor Swift, Jack White dan Rihanna.

Timberlake yang merupakan pemenang enam kali anugerah itu akan muncul dengan album studio pertamanya dalam tempoh tujuh tahun iaitu The 20/20 Experience.

Artis-artis lain yang turut disenaraikan dalam anugerah muzik terbesar itu termasuklah Dierks Bentley, Miranda Lambert, The Black Keys, Jack White dan The Lumineers.

Penyanyi rock British, John dan pemenang anugerah itu sebelum ini iaitu Ed Sheeran pertama kali bergandingan dalam sebuah pentas untuk acara bersama.

Acara itu akan dihoskan oleh LL Cool J.

Dalam pada itu pemuzik pop indie iaitu New York turut disenaraikan tahun ini degan enam pencalonan manakal artis rap Ocean akan mengadu nasib untuk empat pencalonan.

Grammy Awards adalah anugerah muzik utama di Amerika Syarikat yang memperkenalkan sekurang-kurangnya 81 kategori dari pop, “country” sehinggalah kepada jaz, “gospel”, “latimno” dan “world music.”

Pemenang acara itu ditentukan di kalangan ahli Akademi Seni Rakaman dan Sains Kebangsaan. - AFP

Artikel Lain