suria

Daniel Craig Mahu Adele Terus Nyanyi Lagu Tema 'James Bond'

Daniel Craig
Daniel Craig
Daniel Craig

LONDON: Hero filem James Bond, Daniel Craig berhasrat untuk melihat penyanyi Adele diberikan peluang semula untuk menyanyikan lagu tema filem aksi itu pada masa akan datang.

Terdahulu, Adele merakamkan lagu tema filem James Bond terbaru iaitu Skyfall dengan judul yang sama pada tahun 2012.

Menurut laporan The Sunday People seperti dipetik akhbar Mirror, jika Adele diberikan peluang itu, dia bakal mengulangi rekod penyanyi Shirley Bassey yang pernah menyanyikan lagu tema filem berkenaan sebanyak dua kali sebelum ini.

Aktor berusia 44 tahun itu turut menggesa wakil studio penerbit MGM agar menggunakan khidmat pengarah Sam Mendes sekali lagi untuk filem akan datang.

Sumber MGM mendedahkan Craig senang untuk bekerjasama dengan Adele kerana hasil kerja penyanyi berusia 24 tahun itu yang memberikan suntikan semangat kepada seluruh produksi filem tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain