suria

Program Khas Raikan Krismas Di TVi

Christmas Joy Special 2011 turut menampilkan Francisca Peter.
Christmas Joy Special 2011 turut menampilkan Francisca Peter.
Christmas Joy Special 2011 turut menampilkan Francisca Peter.

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Krismas pada 25 Disember ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan sebanyak lima variasi program khas.

Ia bakal disiarkan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Disember ini menerusi saluran TVi (180 Astro).

Saksikan dua drama muzikal berlatarkan kemeriahan sambutan Krismas bermula dengan tayangan Muli Kampung pada 24 Disember ini, pukul 3 petang dimana ia berkisar tentang persediaan dan sambutan perayaan ini oleh penduduk Sabah.

Menyusul kemudiannya Christmas Joy Special 2011 disiarkan pada hari sama, pukul 9 malam dengan menyaksikan kemunculan artis popular tanah air daripada pelbagai generasi seperti Dato’ Leonard Tan, Francissca Peter, Esther Khoo, Reynaldo, Nikki Palikat, Irene Soliano, Reynaldo dan Pamela Chong. Kesemua mereka berkongsi pentas menyanyikan lagu-lagu bertemakan sambutan perayaan Hari Krismas dengan iringan muzik Orkestra RT

Turut berkongsi persembahan adalah Koir Kebangsaan Malaysia yang menyampaikan lagu Carol of The Bells secara harmoni.

Pada 25 Disember pula, drama Krismas Yang Hilang pula disiarkan pada pukul 9 malam dengan menampilkan lakonan Alex Ahat, Jovenea Lim, Jeffry Martin, Bisilius James dan Veronica.

Drama muzikal ini mengisahkan Alex seorang anak perantau yang mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Krismas bersama keluarga tercinta.

Selain itu, buat penonton-penonton cilik pula, pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2012 disiarkan pada hari sama, pukul 2 petang.

Program yang telah berlangsung di Auditorium RTM Sarawak itu merupakan sebuah pertandingan yang mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang nyanyian.

Sejurus selepas siaran pertandingan itu, program khas, My Malaysia Christmas pula dipaparkan pada pukul 5 petang, yang mengisahkan kehidupan pasangan yang berkahwin dengan warga asing dan menyambut Hari Krismas bersama pasangan di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain