suria

Rumah Tangga Antonio Banderas & Melanie Griffith Retak

PERKAHWINAN pelakon Antonio Banderas dan isterinya, Melanie Griffith yang dibina sejak 16 tahun lalu dilaporkan sedang bergolak menanti belah.

Portal Aceshowbiz melaporkan, pelakon yang terkenal dengan filem Desperado itu sedang mengalami masalah rumah tangga dan sering bergaduh dengan isterinya itu dipercayai kerana kecurangan Banderas dengan wanita lain.

Selain itu, Melanie turut dilihat tidak lagi mengenakan cincin perkahwinannya sejak akhir-akhiri ini dan perkara itu telah menguatkan lagi berita mengenai rumah tangga mereka berdua.

"Banderas sedang berusaha mendapatkan kembali kepercayaan isterinya," ujar sumber terdekat pasangan itu.

Kedua-dua pasangan itu enggan membuat ulasan mengenai perkhabaran terbaru mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Lain