suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elton John Tidak Akan Sertai Twitter Kerana Bermulut Lancang

Elton John
Elton John
Elton John

LONDON: Penyanyi legenda Elton John enggan mendaftarkan sebarang akaun di laman-laman sosial termasuk Twitter kerana sedar dia akan berhadapan masalah dengan mudah.

“Ia (laman sosial) akan memusnahkan karier saya. Saya akan dipenjarakan dalam masa dua hari selepas membuka akaun laman sosial.

“Sikap dan mulut saya yang lancang ini hanya akan membawa padah jika saya mengemas kini apa-apa mesej yang boleh menimbulkan masalah di situ,” katanya seperti dipetik laman contactmusic.com.

Katanya, sekalipun dia mempunyai akaun laman sosial, dia tetap akan berhadapan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi semasa.

“Anda tidak akan dapat melihat saya merakamkan lagu atau apa sahaja mengenai muzik menerusi medium itu sebab saya memang tidak tahu menggunakannya.

“Saya mempunyai iPad tetapi tidak memiliki telefon bimbit. Saya tidak arif mengenai penggunaan komputer, malah saya tidak mempunyai komputer pun,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain