suria

Robert Pattinson Bintangi Filem Mengenai Saddam Hussein

Robert Pattinson
Robert Pattinson
Robert Pattinson

LONDON: Aktor Twilight, Robert Pattinson dikatakan bakal membintangi filem aksi ngeri mengenai pemerintah Iraq iaitu Saddam Hussein yang berjudul Mission: Blacklist.

Laman contactmusic.com melaporkan, pelakon British itu akan menggalas watak penting dalam filem yang memaparkan mengenai misi pemburuan pemerintah yang masyhur itu.

Difahamkan, filem yang bakal diarahkan oleh Jean Stephane Sauvaire diilhamkan daripada novel Mission: Black List #1 tulisan Eric Maddox dan David Seay. - IANS

Artikel Lain