suria

Heidi Klum Tolak Pembedahan Plastik

Heidi Klum
Heidi Klum
Heidi Klum

WALAUPUN sudah beranak empat, Heidi Klum masih mampu membuatkan wanita-wanita di luar sana iri hati dengannya kerana masih lagi kekal memiliki tubuh badan yang seksi.

Heidi berkata, ia merupakan satu anugerah daripada Tuhan yang harus disyukuri. Walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun, Heidi tidak pernah melakukan sebarang pembedahan kosmetik.

"Cuba anda tanya ketika saya berumur 65 tahun nanti, saya masih lagi berpendirian untuk menolak pembedahan plastik, tidak perlu rasanya jika kita menjaga pemakanan dengan baik," katanya kepada majalah Allure edisi Mei.

Bekas isteri kepada penyanyi Seal ini berkata dia enggan kelihatan cantik disebabkan pembedahan kosmetik dan berubah menjadi wajah yang pelik beberapa tahun kemudian.

"Saya tahu ramai yang melakukannya (pembedahan kosmetik), ia merupakan salah satu cara untuk menjadi cantik.

"Apa-apa pun saya tidak akan mengubah wajah saya. Jika berlaku apa-apa kesan sampingan nanti, saya pasti akan menyesal," tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain