suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Madonna Enggan Jadi Terkenal

Lourdes ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.
Lourdes ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.
Lourdes ingin menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

PENYANYI terkenal, Madonna memberitahu anaknya, Lourdes tidak mahu menjadi terkenal sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Madonna berkata, anaknya telah menolak beberapa tawaran berlakon menerusi filem dan projek muzik kerana enggan menjadi popular.

"Lourdes mempunyai suara yang merdu dan berbakat besar sebagai penyanyi. Bagaimanapun dia masih malu-malu.

"Banyak juga pihak menawarkan pelbagai projek untuknya tetapi dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran," katanya.

Dalam pada itu, Madonna memberitahu, walaupun anaknya tegas dengan pendiriannya, dia bagaimanapun turut memiliki jenama pakaiannya sendiri dan terlibat sebagai penyanyi latar untuk album terbarunya, MDNA.

"Sebagai seorang ibu, saya menghormati permintaan dan keinginan anak saya tetapi jika dia berubah fikiran saya akan menyokongnya seratus peratus," jelasnya.

Artikel Lain