suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Teater Out of Order' Bakal Dipentaskan Di Malaysia

Robin Kermode yang pernah berlakon disamping Meryl Streep dalam The Iron Lady bakal memegang watak utama dalam Out of Order.
Robin Kermode yang pernah berlakon disamping Meryl Streep dalam The Iron Lady bakal memegang watak utama dalam Out of Order.
Robin Kermode yang pernah berlakon disamping Meryl Streep dalam The Iron Lady bakal memegang watak utama dalam Out of Order.

PETALING JAYA: Double Tree Hilton Kuala Lumpur dengan kerjasama British Theatre Playhouse bakal mementaskan teater berjudul Out of Order karya Ray Cooney pada 19 April depan.

Pertama kali dipentaskan di Kuala Lumpur, teater yang paling lama dipentaskan di London's West End di Saftesbury itu juga adalah pementasan paling berjaya yang pernah diadakan oleh Ray.

Out of Order yang mengisahkan mengenai kehidupan dua lelaki dan perjalanan hidup mereka dengan pelbagai kisah menarik diarahkan oleh David Warwick yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang teater di London.

Teater itu bakal menampilkan pelakon terkenal di London iaitu Robin Kermode sebagai watak utama dalam Out of Order yang pernah muncul dalam Filem Terbaik Anugerah Akademi baru-baru ini iaitu The Iron Lady di samping Meryl Streep menerusi watak John Major.

Selain Robin, pelakon lain yang turut terlibat dalam pementasan itu adalah Nick Wilton, Jolana Lee, Sasha Waddell, David Streames dan Paddy Navin.

Bakal berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Double Tree Hilton, tiket dijual pada harga RM245 dan RM265 termasuk koktel dan makan malam.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan tiket, boleh menghubungi 03-2172-7272 atau layari www.makan-moments.com/out-of-Order.

Artikel Lain