suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Wanita Inspirasiku' TV3 Tampil Lebih Segar

Antara artis yang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Wanita Inspirasiku TV3 yang diadakan di Full House Lifestyle Store & Cafe di Kota Damansara di sini, Khamis. Foto Ihsan TV3.
Antara artis yang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Wanita Inspirasiku TV3 yang diadakan di Full House Lifestyle Store & Cafe di Kota Damansara di sini, Khamis. Foto Ihsan TV3.
Antara artis yang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Wanita Inspirasiku TV3 yang diadakan di Full House Lifestyle Store & Cafe di Kota Damansara di sini, Khamis. Foto Ihsan TV3.

PETALING JAYA: TV3 menerusi jenama Wanita Inpirasiku bakal mempersembahkan pelbagai program berinformasi dan menghiburkan khusus untuk para penonton stesen itu.

Menurut Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita stesen itu, Hadzelynda Khairuddin, sambutan hebat daripada para penonton telah menyuntik semangat pihaknya untuk tampil dengan isi kandungan yang lebih relevan sesuai dengan cita rasa dan keperluan wanita masa kini.

"Ini adalah sebagai kesinambungan dalam usaha TV3 untuk menyajikan program terbaik buat penonton khususnya wanita menerusi 'Wanita Inspirasi' sebagai tanda terima kasih kepada mereka," ujarnya.

Muncul dengan wajah baru yang lebih relevan dan segar untuk tahun 2012, Wanita Inpirasiku akan menyuntik elemen baru terhadap beberapa buah program terbitan mereka seperti Wanita Hari Ini, Nona, 5 Rencah 5 Rasa, Mahligai Cinta dan slot Akasia yang memaparkan pelbagai drama menarik untuk penonton.

Pelancaran itu juga dibuat bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan Rabu dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan nyanyian daripada Mohd (Mentor) dan pertunjukan fesyen daripada Jovian Mandagie.

Bertempat di Full House Lifestyle House Store & Cafe, acara itu turut disiarkan secara langsung menerusi program bual bicara popular iaitu Wanita Hari Ini.

Selebriti yang turut hadir pada program itu adalah seperti Fara Fauzana, Neelofa, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara, Azza dan Wan Sharmila.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia