suria

MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi

Osbon ketika membuat persembahan di minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega di Royal Theater Selangor, Shah Alam, malam Jumaat. - Foto RICKY LAI
Osbon ketika membuat persembahan di minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega di Royal Theater Selangor, Shah Alam, malam Jumaat. - Foto RICKY LAI
Osbon ketika membuat persembahan di minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega di Royal Theater Selangor, Shah Alam, malam Jumaat. - Foto RICKY LAI

SHAH ALAM: Persaingan Maharaja Lawak Mega (MLM) semakin sengit apabila kumpulan Osbon telah menandingi markah kumpulan Boboi pada minggu ketujuh di Royal Theater Selangor, di sini, Jumaat malam.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Mr Os), 50, dan Sharizan Ahmad (Abon), 51, berjaya mendapat markah 74 peratus berbanding Boboi yang diterajui oleh Afdlin Shauki Aksan (Afdlin Shauki) dan Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik) dengan 68 peratus.

Malah, juri tetap program realiti itu, bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan mengakui Osbon layak untuk menduduki tangga teratas.

“Saya melihat Osbon layak untuk berada di atas kerana mereka memberikan persembahan yang baik,” katanya dalam satu sidang media selepas program itu berakhir.

Sementara itu, Adlin Aman Ramlie berjaya menduduki tempat ketiga dengan 64 peratus, diikuti dengan Saehu (63 peratus), Syok (60 peratus), BP- Bawal Power (56 peratus) dan Pimai (56 peratus).

Hos MLM, AC Mizal mengumumkan tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu bertemakan ‘Silent Comedy’ dan ‘Tiru Gaya Artis’ itu.

Namun pada minggu kelapan dijangka akan ada dua peserta yang disingkirkan.

Selain Zainal, MLM turut diadili oleh juri tetap iaitu chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan Taura Taufany (kumpulan The Lima).

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30 peratus manakala 70 peratus lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain