suria

Konsert Semangat Inspirasi Di Empat Lokasi Serentak

Konsert Semangat Inspirasi bakal berlangsung di empat buah lokasi secara serentak.
Konsert Semangat Inspirasi bakal berlangsung di empat buah lokasi secara serentak.
Konsert Semangat Inspirasi bakal berlangsung di empat buah lokasi secara serentak.

PETALING JAYA: Konsert Semangat Inspirasi anjuran TV3 dan Coca Cola bakal mengegarkan peminat di empat buah lokasi secara serentak bersempena sambutan Tahun Baru 2012 nanti.

Menurut penerbitnya, Muhamad Sufian Che Isa, konsert itu akan menemui peminat di Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada 11 Disember bermula jam 9 malam.

Sufian berkata, konsert itu dihasilkan sebagai tanda penghargaan pihak Media Prima Berhad kepada para penonton setianya yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada TV3.

"Kami menjanjikan hanya yang terbaik untuk penonton pada 11 Disember nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Sufian berkata, sepanjang konsert berlangsung suasana konsert di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota kinabalu turut dapat disaksikan penonton di rumah yang mengikuti siaran langsung konsert itu di TV3.

Ujarnya, persembahan di Kuala Lumpur akan disiarkan sebagai program utama dengan selingan beberapa persembahan secara langsung dari lokasi lain.

"Kita tidak mahu penonton terlepas peluang untuk menyaksikan konsert di lokasi-lokasi lain. oleh sebab itu kita akan selitkan beberapa persembahan untuk tontonan penonton di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Sufian berkata, konsert di Kuala Lumpur yang akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena itu akan dihoskan oleh Ally Iskandar dan Sheryl Samad sementara di Pulau Pinang (Mazlan Senario), Johor Bahru (Azlee Senario) dan Kota Kinabalu (Leya dan Faizal Ismail).

Antara barisan artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Tomok, Meet Uncle Hussien, Shila Amzah, Wings, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Black, Awie Rafael, Najwa Latif dan kumpulan dari Britain, One Night Only.

Artikel Sebelum

Artikel Lain