suria

Astro Oasis Bakal Terbitkan Program Khas Untuk Ustazah Pilihan

Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.
Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.
Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

SHAH ALAM: Saluran Astro Oasis akan menerbitkan program khas untuk peserta Ustazah Pilihan sebagai kesinambungan daripada program yang menobatkan Firuz Akhtar Mohamad Bokhari, 27, sebagai pemenang baru-baru ini.

Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya sedang dalam peringkat perbincangan untuk menerbitkan program sesuai untuk para peserta Ustazah Pilihan.

"Ya kita akan terbitkan beberapa program sesuai untuk mereka pada masa akan datang, tetapi semuanya masih diperingkat perbincangan," ujarnya ketika ditemui selepas tamat program Ustazah Pilihan Akhir di sini pada Khamis.

Izelan berkata, program itu akan diterbitkan bagi memberi peluang kepada semua peserta terus berdakwah kepada masyarakat supaya ilmu yang diperolehi sepanjang program itu tidak sia-sia.

"Ini adalah usaha kita untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka untuk masyarakat dan berharap apa yang dipelajari di dalam program Ustazah Pilihan akan memberi manfaat kepada semua," katanya.

Dalam pada itu, Izelan berkata, pihaknya mungkin akan menerbitkan beberapa program yang mempunyai format seperti Skuad Imam Muda dan sebagainya.

"Mungkin akan diwujudkan sebuah program Skuad Ustazah Pilihan seperti mana yang diterbitkan untuk peserta Imam Muda," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain