suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez Berlakon Drama Bersiri

KERJAYA sebagai penari, penyanyi dan juri nyanyian masih belum memberi kepuasan kepada penyanyi Jennifer Lopez (JLo). Dia yang baru sahaja bercerai dengan Marc Anthony sedang merangka cabang baru dalam memperluaskan lagi kerjayanya.

JLo telah menyatakan hasrat secara serius untuk terjun ke bidang lakonan drama bersiri pula. Malah dia turut mendapat kerjasama dengan produser eksekutif drama popular “Ugly Betty” iaitu Silvio Horta.

Bahkan Silvio sedang menyiapkan naskhah drama bersiri terbarunya khas buat penyanyi Latin ini.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga telah menandatangani kontrak untuk rancangan nyanyian Latin berjudul “Q'Viva! The Chosen” bersama bekas suaminya Marc Anthony.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain