suria

Shera Aiyob Mahu Belajar Berlakon Dengan Zahiril

PETALING JAYA: Selepas berjaya menempa nama sebagai pengacara Wanita Hari Ini, Shera Aiyob telah melebarkan sayap dengan melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, menurut Shera, biarpun telah menceburkan diri dalam bidang tersebut dia tidak pernah terfikir meninggalkan tugasnya sebagai pengacara.

"Saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu dipelajari. Kalau boleh saya ingin belajar berlakon teater sebab pelakon yang baik belajar dari pentas teater.

"Namun walau saya sibuk untuk berlakon saya tidak lupakan bidang pengacaraan, Insya-Allah saya akan kembali dengan program baru tidak lama lagi," katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November depan dengan pelakon Zahiril Adzim.

Kata Shera lagi, dia merancang untuk belajar berlakon daripada Zahiril sebelum menerima tawaran berlakon teater.

"Ada juga tawaran untuk berlakon teater tapi saya tolak sebab tidak yakin dengan kemampuan diri.

"Saya merancang untuk belajar berlakon dengan Zahiril dahulu sebelum terima tawaran berlakon teater," katanya.

Bagaimanapun, jelas Shera, Zahiril awal-awal sudah memberi amaran agar lebih serius jika ingin belajar dengannya.

"Dia beritahu saya jika ingin belajar berlakon dengannya perlu serius dan tidak boleh main-main," ujar lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain