suria

Rumah Lama Arnold Schwarzenegger Dijadikan Muzium

Gambaran luar rumah Arnold yang dijadikan muzium.
Gambaran luar rumah Arnold yang dijadikan muzium.
Gambaran luar rumah Arnold yang dijadikan muzium.

RUMAH zaman kanak-kanak pelakon Arnold Schwarzenegger, 64, di Austria telah dijadikan sebagai muzium.

Dalam rumah di desa Thal itu terdapat segala kenangan yang mengimbau perjalanan karier Arnold.

Barang-barang yang ditampilkan di muzium tersebut bermula dari dunia lakonannya sehingga bergelar ahli politik. Turut dipamerkan seperti sebuah motosikal dari filem Terminator dan contoh meja yang digunakan sebagai Gabenor California.

Menurut BBC News, Selasa, barangan yang berkaitan dengannya ketika zaman kanak-kanak juga dipamerkan seperti tempat tidur.

Arnold yang meninggalkan Austria pada usia 19 tahun itu telah bersetuju untuk mendirikan muzium tersebut.

Dia juga telah mengunjungi muzium berkenaan dan tampak senang dengan segala isinya.

"Dia adalah seorang anak petani kecil dan kariernya begitu menarik. Dia begitu istimewa. Saya fikir orang-orang Austria sangat bangga," kata penyelaras muzium, Helga Forstner.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain