suria

Amy Winehouse Kuasai Carta

Amy ketika pada kemunculan awal dalam industri muzik.
Amy ketika pada kemunculan awal dalam industri muzik.
Amy ketika pada kemunculan awal dalam industri muzik.

LONDON: Selepas kematiannya minggu lalu, jualan album kedua Amy Winehouse 'Back to Black' yang pernah mendapat pengiktirafan anugerah Grammy kembali mengungguli carta album di United Kingdom.

Album pertama penyanyi berusia 27 tahun itu, 'Frank' turut menduduki carta di tempat ke lima selain beberapa singlenya menduduki dalam kedudukan 40 teratas lapor BBC.

Semasa hayatnya, Winehouse terkenal dengan single, 'Rehab', You Know I'm No Good' dan 'Love Is a Losing Game'.

Sementara itu, syarikat rakaman mendiang Winehouse berkata, pihak mereka terpaksa mencetak salinan penyanyi itu bagi memenuhi permintaan peminat.

Terdahulu, Winehouse ditemui mati di pangsapurinya, Camden, Utara London. Dia mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun punca kematiannya masih belum diketahui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain