suria

Mulan Jameela Ajar Anak Puasa

JAKARTA: Penyanyi Mulan Jameela menganggap puasa Ramadan tahun ini merupakan peluang untuk melatih kedua-dua anaknya melakukan ibadah puasa dengan lebih serius.

Mulan yang dikurniakan dua anak perempuan yang kini berusia 11 dan 8 tahun itu mahu mereka berpuasa penuh pada kali ini.

"Saya mahu kedua-dua anak saya dapat berpuasa penuh dan khusuk sepanjang bulan Ramadan. Sebagai ibu saya harus memberi semangat kepada mereka.

"Sebelum ini mereka tidak serius dan banyak tingal puasa, namun yang penting ialah kita menerangkan pengertian puasa kepada mereka agar mereka tidak berfikir ibadah itu sekadar manahan lapar dan dahaga sahaja," katanya seperti dipetik inilah.com.

Artikel Lain