suria

Selena Gomez Tiada Perancangan Mengahwini Justin Bieber

Selena Gomez
Selena Gomez
Selena Gomez

WASHINGTON: Penyanyi dan pelakon Selena Gomez menegaskan dia tidak langsung mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, penyanyi Justin Bieber dalam masa terdekat.

Aktres berusia 19 tahun itu menjelaskan secara berulangkali dia masih terlalu muda untuk melangkah ke fasa yang lebih serius walaupun hubungan mereka berjalan dengan sangat baik.

"Tidak sama sekali (untuk berakhwin)! Saya baru saja berumur 19 tahun!" katanya seperti dipetik portal Contactmusic.com apabila ditanya adakah dia akan mengahwini kekasihnya itu kelak.

Dalam pada itu, Gomez yang sedang bahagia dengan Bieber bagaimanapun turut mengakui berasa tertawan melihat pelakon idolanya yang juga hero Transformers, Shia LaBeouf.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain