suria

Lords Taylor Raikan Finalis ABP2010

Finalis Wanita bagi kategori Penyanyi serta Penyampai Radio Popular. Foto TheStar RICKY LAI
Finalis Wanita bagi kategori Penyanyi serta Penyampai Radio Popular. Foto TheStar RICKY LAI
Finalis Wanita bagi kategori Penyanyi serta Penyampai Radio Popular. Foto TheStar RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Seramai 14 selebriti popular diraikan pada majlis makan malam bersama finalis bagi kategori penyanyi dan penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular (ABP2010) di Hotel Le Meridien, Rabu, yang dianjurkan oleh jenama sut lelaki, Lords Taylor.

Bertemakan warna biru pada majlis itu, kesemua selebriti yang hadir yang antaranya seperti Alyah, Stacy, Adira, Shahir, Ana Raffali, Faizal Tahir, Fara Fauzana, Faizal Ismail (FBI), Linda Onn, Halim Othman dan Salleh Yaakob mengenakan persalinan serba biru.

Menurut Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar, pihaknya akan memastikan setiap finalis akan hadir ke acara ABP2010 yang bakal berlangsung di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April depan dengan penuh gaya.

"Justeru itu, Lords Taylor bertanggungjawab dengan memastikan para finalis nampak glamor pada acara ABP2010 nanti.

"Bagi saya, penampilan artis amat penting pada acara-acara berprestij sebegini kerana ia sekali gus dapat menyerlahkan persona artis tersebut," katanya

Pada majlis makan malam itu, para finalis telah dihiburkan dengan lawak jenaka oleh Salleh, FBI dan Halim sehinggakan suasana menjadi riuh rendah dengan kata-kata gurauan mereka.

Selain itu, para penyanyi seperti Adira, Shahir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain