suria

Rossa Jatuh Tangga Selepas Persembahan

JAKARTA: Penyanyi lagu Tegar, Rossa mengalami kejadian buruk apabila terjatuh dari tangga ketika turun dari pentas dalam sebuah majlis ulang tahun sebuah stesen televisyen di Jakarta Convention Center, Khamis.

Bagaimanapun, penyanyi genit itu memberitahu hanya mengalami kecederaan ringgan sahaja.

"Alhamdulillah, saya tidak apa-apa, cuma badan saja berasa sakit-sakit selepas terjatuh. Doakan sahaja ia tidak berlarutan sehingga menganggu kerja," katanya.

Rossa juga memberitahu kepada peminat-peminat melalui Twitternya bahawa dia hanya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan badan.

"Saya sudah ke klinik dan sekarang saya sedang diurut, harap semuanya baik-baik sahaja," katanya seperti dipetik Kompas.com.

Artikel Sebelum

Taylor Swift Temui Cinta Baru

Artikel Berikut

Artikel Lain