suria

Scarlett Johansson Lakon Watak Makhluk Asing Penggoda

AKTRES Hollywood Scarlett Johansson bersedia untuk melakonkan watak makhluk asing dalam filem sains fiksyen, Under The Skin.

Menurut Aceshowbiz, Khamis, pihak produksi FilmNation berkata karakter yang akan dilakonkan oleh Scarlett merupakan watak makhluk asing penggoda yang kejam.

Karakter itu akan mengingatkan kita kepada karakter Sil yang dilakonkan oleh Natasha Henstridge dalam filem tahun 90-an, Species.

Under The Skin akan diarahkan oleh sutradara Sexy Beast Jonathan Glazer. Sementara, Walter Campbell bertindak sebagai penulis skrip filem tersebut.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada pertengahan 2011.

Artikel Berikut

Artikel Lain