suria

Hans Isaac Yakin Untuk Mengarah Teater

PELAKON Hans Isac,38, (Gambar) telah bersedia untuk mengarah tetaer selepas projek pertamanya Cuci The Musical 1 & 2 diberikan kepada Zahim Al-Bakri dan Harith Iskander.

Untuk teater kedua berjudul Lat The Kampung Boy, penerbit Tall Order Productions Sdn Bhd ini sudah bersedia untuk mencuba nasibnya bergelar seorang pengarah teater yang merupakan sebuah tugas yang amat sukar.

Hans akan mengarah teater yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada minggu ketiga bulan Disember ini bersama-sama sahabat baiknya, Harith.

“Sekarang saya sudah yakin untuk mengarah selepas banyak belajar tentang selok-belok mengarah teater dengan Zahim.

“Saya akan terlibat dengan latihan teater Lat The Kampung Boy bermula awal November ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Setakat ini, pembikinan teater itu sedang melalui pra-produksi dan Hans belum boleh menghebahkan secara terperinci tentang teater yang diadaptasi daripada karikatur Kampung Boy karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.

“Saya akan mengadakan satu sidang media tentang teater Lat The Kampung Boy dan wartawan boleh bertanya apa sahaja tentangnya. Setakat ini, ia masih menjadi rahsia dan hanya tiga orang sahaja yang tahu tentang para pelakon yang akan membintangi teater ini.

“Sama ada saya berlakon atau tidak dalam teater itu juga akan diketahui nanti,” ulasnya ringkas.

Selepas terlibat dengan teater Lat The Kampung Boy, Hans dijangka memasuki penggambaran filem keduanya, Lemak Kampung Baru yang masih tertangguh sehingga kini.

Penagguhan itu berlaku ekoran kekangan masanya berikutan sibuk dengan pementasan Cuci The Musical 2 sebelum ini dan sekarang terlibat dengan komitmen teater keduanya pula.

Artikel Sebelum

Zarina Temui Cinta Dengan Pelakon

Artikel Berikut

Ashraf & Bunga Dapat Anak Lelaki

Artikel Lain