suria

Fimie Don Sasar 5A Dalam UPSR

Fimie berlakon watak Malik dalam filem Magika yang ditayangkan mulai 23 September ini di pawagam. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Fimie berlakon watak Malik dalam filem Magika yang ditayangkan mulai 23 September ini di pawagam. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Fimie berlakon watak Malik dalam filem Magika yang ditayangkan mulai 23 September ini di pawagam. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

SESIBUK mana pun menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula Isnin lalu, pelakon kanak-kanak terkenal iaitu Fimie Don tetap meluangkan masa untuk menjayakan promosi filem Magika.

Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 12, melakonkan watak utama bernama Malik dalam filem itu yang ditayangkan mulai hari ini (Khamis).

Selain Magika, Fimie juga muncul dengan sebuah lagi filem yang sedang ditayangkan sejak Hari Raya pertama lalu, iaitu Senario Asam Garam sejak Hari Raya Pertama lalu.

Fimie bukan sahaja tampak bijak menerusi lakonannya malah dia juga pernah menerima anugerah pelajar cemerlang ketika berusia 8 dan 9 tahun.

Di sekolah, Fimie merupakan seorang pelajar yang aktif dan banyak bertanya kepada guru tentang pelajarannya.

“Walaupun saya sibuk dengan kerjaya seni, saya tetap mensasarkan untuk mendapat 5A dalam UPSR. Sepanjang tahun ini saya terpaksa menolak banyak tawaran lakonan kerana mahu menumpukan kepada UPSR.

“Tetapi selepas habis UPSR, saya akan kembali sibuk dengan empat tawaran termasuk program pendidikan sebanyak 55 episod, sebuah drama 13 episod untuk Astro Oasis dan drama 13 episod Juvana.

"Selain itu, saya turut menerima tawaran berlakon filem yang masih dalam perbincangan,” katanya.

Menyentuh tentang Magika, Fimie akui teruja berlakon dalam filem pertama bercorak muzikal itu kerana dia boleh menyanyi selain bergandingan dengan pelakon popular seperti Ziana Zain, Diana Danielle, Mawi, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Hj Nawawi.

“Saya suka dengan cerita-cerita mitos yang lama seperti Badang dan Bawang Putih Bawang Merah.

“Selain itu, filem ini banyak mengajar saya tentang erti kasih sayang antara adik-beradik kerana air yang dicincang tidak akan putus,” ujarnya lagi.

Dia juga akan tampil dengan pencalonan lagu Untuk Mama dan Papa dalam Muzik Muzik 25. Single tersebut turut sedang diputarkan di corong-corong radio.

Apabila dewasa kelak, anak bongsu daripada tiga beradik ini bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang atau arkitek.

Namun, dia juga menyimpan hasrat untuk bergelar pengarah secara kebetulan dirinya telah menceburi bidang lakonan.

Pelakon yang mula berlakon sejak berusia 5 tahun ini berkata dia ingin mengikuti jejak langkah pengarah Prof Dr Hatta Azad Khan dan Edry Abdul Halim.

Fimie menceburi industri lakonan menerusi drama yang disiarkan di RTM dan telah berlakon lebih 30 buah drama, tiga buah filem dan 50 buah iklan seperti drama Kudrat, Ramadan ke-30, Mencari Sinar Lailatulqadar, Malam Tujuh Likur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain