suria

Rozita Che Wan Tersentuh Melihat Anak Yatim

Rozita Che Wan menyuapkan makanan kepada salah seorang anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Rozita Che Wan menyuapkan makanan kepada salah seorang anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Rozita Che Wan menyuapkan makanan kepada salah seorang anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

PENGALAMAN berbuka puasa bersama-sama 20 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Majlis Berbuka Puasa mStar yang julung kali diadakan di Bara 1 Bistro, Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang 28 September lalu membuatkan hati Rozita Che Wan tersentuh.

Mana tidaknya, aktres jelita itu juga pernah melalui pengalaman bergelar anak yatim setelah kehilangan bapanya. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Lantas, apabila dapat bersua muka dan bermesra dengan anak-anak yatim itu, jelas kelihatan riak wajah Rozita yang tidak kekok dan begitu prihatin menghidangkan dan menyuap makanan kepada anak-anak yang kebanyakannya berusia lima hingga 12 tahun.

Naluri dan sifat keibuan Rozita membuatkan anak-anak itu selesa dan menumpang kasih sementara. Dia melayan kanak-kanak itu seolah-olah seperti anaknya sendiri.

Cuba menyelami perasaan artis yang bakal bersara daripada dunia lakonan pada tahun depan ini, Rozita sangat gembira apabila berpeluang memberikan sedikit perhatian kepada mereka.

“Pada saya, budak-budak itu mungkin cukup makan dan pakai tetapi perhatian dan kasih sayang yang mereka dapat adalah kurang. Mesti jiwa mereka kosong tanpa itu semua. Sekurang-kurangnya, dengan layanan saya dapat mengisi kekosongan jiwa mereka walaupun seketika.

“Kasihan mereka! Betapa syukurnya saya mempunyai insan-insan tersayang dan anak-anak masih mempunyai saya,” katanya kepada mStar Online.

Jika berpeluang, pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu mahu meluangkan masa bersama-sama anak yatim lagi selepas ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain