suria

Amirah Ali Mahu Terbitkan Lagu Hari Raya Bahasa Cina DanTamil

- Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT
- Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT
- Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT

PENYANYI baru Amirah Ameer Ali (gambar), 27, merancang untuk melancarkan lagu Aidilfitri berbahasa Cina dan India pada tahun depan.

"Apabila saya balik ke kampung, saya ada dengar lagu raya dalam radio. Lagu-lagu adalah sama sahaja. Masyarakat kita mempunyai Cina Muslim dan India Muslim.

"Saya tertanya-tanya apa lagu yang dinyanyikan mereka untuk menyambut Aidilfitri? Sebenarnya saya ada buat lagu Adilfitri dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil, tapi tak sempat buat rakaman.

Mungkin saya boleh siapkannya pada tahun depan," katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui pemberita pada majlis pelancaran EP berjudul Syawal: Koleksi Lagu Aidilfitri di pasar raya Mydin, USJ Subang Jaya, Selangor Selasa.

EP itu merupakan koleksi lagu Aidilfitri termasuk trek bonus Merdeka iaitu Malaysia dan single Katakanlah.

Amirah juga membuat persembahan duet dengan penggesek biola, Mariamlisa Zainal Abidin.

Dia menyanyikan lagu dari Album English World Pop berjudul Tell Me yang memenangi The 2008 Signature Songwriting Competition di Amerika Syarikat.

Diminta menceritakan konsep lagu yang cuba diketengahkannya, Amirah menjelaskan, ia berkisar mengenai aspek toleransi, perpaduan, pendidikan dan sebagainya.

Katanya, dia ingin menerapkan konsep 1Malaysia menerusi lagu-lagu tersebut.

"Saya akan menggabungkan alat-alat permainan muzik tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India, orang asli Sabah dan Sarawak di samping memasukkan unsur pop. Itu adalah minat saya," katanya.

Tambahnya, dia berharap lagu-lagunya mendapat sambutan daripada orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Amirah turut bertukar memorandum kerjasama dengan Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik.

Jumaat ini dia akan melawat kanak-kanak tersebut selepas menghadiri segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain