suria

Zeta-Jones Sedih Penyakit Kanser Suami

Catherine Zeta Jones (kanan) dan Michael Douglas. - Foto AP
Catherine Zeta Jones (kanan) dan Michael Douglas. - Foto AP
Catherine Zeta Jones (kanan) dan Michael Douglas. - Foto AP

PELAKON Hollywood, Catherine Zeta-Jones mengakui sedih melihat suaminya, Michael Douglas yang menghidap kanser kerongkong.

Katanya, perkara itu membuatkan dia tertekan apabila melihat suaminya menderita.

"Amat menyedihkan melihat dia lelah kerana Michael tidak pernah berhadapan dengan situasi itu sebelum ini," katanya kepada media.

Michael baru mengetahui menghidap kanser kerongkong bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Walaupun mengakui bahawa penyakit kansernya itu berada pada peringkat serius, Michael, 65, yakin dia boleh sembuh daripada penyakit itu.

Pasangan ini mempunyai dua anak iaitu, Dylan, 10, dan Carys, 7.

Michael yang membintangi filem, Wall Street: Money Never Sleeps, turut mempunyai seorang anak, Cameron daripada perkahwinan terdahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain