suria

Lindsay Lohan Akan Dibebaskan Minggu Ini

SELEBRITI Lindsay Lohan (gambar) dipercayai akan dibebaskan dari hospital UCLA Neuropsychiatric awal minggu ini.

Sumber memberitahu bahawa doktor-doktor yang merawat Lohan belum menulis laporan akhir mereka tetapi telah menyimpulkan bahawa masalah kejiwaan Lohan tidak seburuk seperti yang difikirkan.

Sebelum ini, Lohan dilaporkan mengalami ilusi jenis bipolar. Bagaimanapun, dakwaan itu ternyata meleset.

Tambahan pula, para doktor tidak mempercayai artis antarabangsa tersebut perlu bergantung kepada dadah.

Sumber menambah, pelakon tersebut berkemungkinan besar akan dibebaskan minggu ini.

Hakim harus bersetuju dia dibebaskan lebih awal. Setelah doktor menulis laporan akhir mengenainya, peguam Lindsay, Shawn Chapman Holley, boleh mengemukakan permohonan kepada hakim untuk mengurangkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya selama 90 hari.

Artikel Berikut

Artikel Lain