suria

Syahrini Dakwa Anang Ada Lebih Dari Seorang Teman wanita

PASANGAN duet Anang, Syahrini tiba-tiba memberikan kejutan dengan mendakwa Anang mempunyai teman wanita lain selain daripadanya.

"Bukan saya seorang sahaja sebagai teman wanita Anang," ujarnya kepada detikhot, Jumaat.

Dalam nada bergurau, dia menambah: "Mulai dari model, pelakon sinetron, ramai..."

Meskipun Anang mempunyai ramai teman wanita lain, Syahrini mengaku dia tidak cemburu. Malah dia turut berbahagia untuk teman duetnya menerusi lagu Jangan Memilih Aku itu.

"Saya bersyukur kerana ramai yang memberikan perhatian kepada kehidupan Anang," tuturnya.

Penyanyi kelahiran Bogor itu juga melihat kehidupan Anang sekarang ini lebih berwarna. Katanya lagi, duda anak dua tersebut juga tampak lebih bahagia berbanding tahun lalu.

Artikel Lain