Irwansyah Bantah Fatwa Rancangan Gosip Haram - Hiburan | mStar

Irwansyah Bantah Fatwa Rancangan Gosip Haram

PENYANYI dan pelakon Irwansyah membantah langkah Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan rancangan gosip infotainment yang disiarkan di kebanyakan stesen televisyen Indonesia.

Kata Irwansyah, berita yang disiarkan menerusi rancangan gosip bercorak hiburan itu sebenarnya bukan sebuah cerita rekaan. Bagaimanapun jika ada kesilapan di dalam laporan berkenaan adalah lebih baik ditegur.

“Kalau ada berita yang lagi panas, mungkin cerita itu sahaja yang diharamkan. Bukan rancangan itu keseluruhan. Tapi kalau cerita yang disiar itu ditokok tambah, lebih baik terus telefon siapa yang membuat cerita itu,” kata bekas kekasih Acha Septriasa ini kepada portal Inilah.Com, Khamis.

Sementara itu Pakar Komunikasi dari Institut Pertanian Bogor, Mohamad Ihsan dalam portal yang sama berkata fatwa pengharaman itu adalah positif tetapi ia tidak akan berjaya mempengaruhi masyarakat.

Katanya, apa yang dibimbangkan fatwa berkenaan hanya akan menjadi hangat-hangat tahi ayam seperti yang berlaku lima tahun lalu apabila Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) yang turut mengeluarkan fatwa yang sama.

Bagaimanapun fatwa berkenaan hanya menjadi kecoh di dalam akhbar tetapi setelah isu berkenaan kembali reda, stesen-stesen televisyen tempatan terus menayangkan rancangan infortainment mereka semula.

“Nasib fatwa mengenai infotainment kemungkinan besar akan jadi seperti PBNU. Hanya heboh begitu sahaja,” katanya.

Sebelum ini MUI mengeluarkan fatwa rancangan infotainment adalah haram baik yang menyiarkannya mahupun mereka yang menonton.

Alasannya rancangan gosip hiburan itu menceritakan keaiban orang dan perkara-perkara lain yang hukumnya haram untuk tontonan orang ramai.

Isu berkenaan menjadi kecoh sebelum ini apabila pada hujung tahun lalu artis Luna Maya mengecam wartawan infotainment dengan menggelar mereka mirip seperti pelacur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain