suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Luar Nikah Michael Jackson Muncul

Michael Jackson. - Foto REUTERS
Michael Jackson. - Foto REUTERS
Michael Jackson. - Foto REUTERS

SEORANG wanita yang mendakwa menjadi anak luar nikah Raja Pop Michael Jackson (MJ) telah mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan pertalian darahnya dengan MJ.

Malah Petit Mocienne Jackson mendakwa kelahirannya pada 1975 cuba disembunyikan.

Dia mendakwa MJ telah menjalinkan perhubungan sulit dengan ibunya, Barbara sehingga mengandungnya. Media melaporkan Barbara ialah kakak kepada penyanyi Diana Ross.

Mocienne memberitahu, ketika dia berumur 9 tahun, Katherine Jackson yang merupakan kakak MJ merancang untuk "menculiknya" dan menghantarnya ke Belgium .

Katanya, ini bagi menjaga reputasi MJ yang amat popular pada ketika itu.

Dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah agung L.A. County, Petit juga mendakwa semua tujuh penculiknya telah dibunuh.

Mocienne yang kini tinggal di Belanda bercadang untuk tampil menuntut sebahagian haknya mewarisi harta pusaka MJ.

Dia sedang menunggu kebenaran hakim untuk memberikan kebenaran kepadanya melakukan ujian DNA.

Dia turut menuntut hak mengasuh anak-anak MJ sehingga dia dapat memberikan mereka kehidupan yang "lebih normal".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain